Monday, 1 July 2013

180 atau 360??

Bismillahirrahmanirrahim

ok kali ni kita nak bicara tentang sudut atau darjah kecerunan sesuatu benda...






dalam matematik kalau 180' tu menunjukkan kita berpusing kebelakang... manakala kalau 360' kita pusing ke belakang dan berpusing lagi sehingga kita pusing balik ke depan..

The end~~

(@_@??) aik?

APA NI PUSING-PUSING!??? 



Ok macam ni la....cuba anda berdiri dan jadikan satu objek di hadapan sebagai penanda..

kalau 180', anda pusing ke belakang...dan sekarang objek yang menjadi penanda itu berada di belakang..kan?

ok kalau 360' pula kita menghadap objek penanda berkenaan, kemudian kita pusing ke belakang..dan pusing ke belakang lagi sekali..lalu akan menghadap ke depan balik sepertimana kita menghadap mula-mula tadi..betul tak?? :D??

K fine tak paham sudah..haha

So apa yang nak diceritakan pasal 180 & 360 ni??

Actually... ramai di antara kita masih keliru, apabila membincangkan tentang...BERUBAH

Yup BERUBAH....apabila dikatakan tentang perubahan, kebiasaannya ia akan wujud satu perbezaan yang cukup ketara berbanding asalnya.

Jadi hari ini saya ingin membicarakan khusus mengenai BERUBAH kearah yang lebih Baik....

ada orang kata berubah 180 darjah...ada orang kata berubah 360 darjah..

Anda bagaimana?? hendak berubah 180 darjah atau 360 darjah?



Bagi saya sama ada 180 atau 360 kedua-duanya ada peranannya,

Jika kita dahulu kala boleh dikatakan memang terang lagi bersuluh kita dalam lembah kegelapan atau kejahilan kemudian berubah menjadi sangat-sangat-sangat-sangat baik..maka itu ialah berubah 180 darjah.

contoh paling ketara, apabila orang not yet muslim memeluk Islam...kalau dulu kaki Party sekarang kaki Masjid.. Kalau dulu pakai seksi-seksi sekarang pakai jubah.. kalau dulu free hair (rambut percuma???) sekarang pakai tudung labuh 60'' siap berniqab.

**bukannya mewajibkan berubah sampai tahap tu, kang tak pasal-pasal saya dituduh mengeluarkan hukum , fatwa, blaa..bla**

360 macam mana pulak?

360 ni macam kita pendosa... dan harapan selalu ada. :)

Kita yang sudah berada di landasan kebenaran tetapi disebabkan kesilapan kita maka tergelincir lalu tersalah landasan yang menghadap ke belakang maka kena buat U-turn...patah balik ke landasan asal...

Kalau dulu pakai tundung time dekat sekolah je sekarang at-least pakai tudung setiap kali keluar rumah....

Kalau dulu suka singgah ke Cyber Cafe... sekarang dah tak tau hidup lagi ke tak Cyber Cafe yang selalu dijenguknya dulu.

Did you get the idea???




Pernah tak kalian tengok roda??


Seringkali kita katakan "hidup ini ada turun naik, macam roda kejap di atas kejap di bawah"

Sama lah macam kita yang nak berubah ini.

Ok kita cuba konsep roda nak?? ok jejom bersama-sama kita try..
anda seorang pengembara...iaitu roda. Dan anda ingin menuju ke sebuah destinasi iaitu alam akhirat. maka roda perlu bergerak.

Bayangkan anda dulu jahat sangat-sangat-sangat **contoh**

Saya katakan waktu itu anda berada di zaman yang jahil jadi berada di zon purple seperti roda di dalam gambar. Kemudian anda berubah 180 darjah...maka anda akan berada di zon Kuning iaitu zon kemuncak kebaikan anda. Baguskan 180 darjah?
Tetapi 180 darjah itu tidak akan membuatkan roda itu bergerak sehingga anda menuju ke destinasi yang dituju.

Jadi memerlukan pusingan 360 darjah yang berkali-kali...

Maka untuk memulakan 360 darjah ini...check dulu betul-betul apakah kita bermula dengan posisi Kuning atau purple.

Kenapa saya tekankan posisi ini?

Sebab kita nak make sure bila kita berpusing 360 darjah itu bermula dengan seorang yang baik dan berakhir dengan baik... tetapi jika anda berada di posisi tidak baik maka roda akan berpusing 360 darjah jadi pengakhirannya adalah posisi tersebut juga..

Yep memang kita akan kata , orang jahat pengakhiran jahat ke? ada je yang baik pengakhirannya.

Yup itu sebab dia bermula dengan zon purple kemudian dia membuat pusingan 180 darjah ke zon kuning kemudian barulah dia memulakan pusingan 360 darjahnya...

Hal ini penting untuk memastikan pusingan roda kita akan memastikan diri kita sentiasa berakhir dengan posisi yang baik.

Bagi yang sudah mengalami 180 darjah ini, saya ucapkan tahniah..begitu juga 360 darjah...

maka apabila kita sudah kembali kepada jalan yang betul maka jangan mengulangi kesilapan yang lalu


Namun dalam berubah ini...sudah pasti banyak halangannya. Diri lama seolah-olah datang menghingapi diri dan menarik-narik diri supaya kembali ke alam kejahilan dahulu.

dicerca orang perkara biasa, dipinggir rakan-rakan perkara biasa yang agar menyakitkan...

jadi ini secubit tips untuk kalian :)


Bagi yang bersungguh-sungguh ingin mencari teman-teman yang boleh membantu anda berubah...cuba join group Facebook - Team Islah Diri melalui link di bawah


Segala Salah dan silap harap diampunkan.... maafkan artikel yang kurang difahami ini hehehe :P

tujuan buat artikel sebegini tak lain tak bukan ingin membuat kalian berfikir atau berimaginasi untuk mendapatkan gambaran tentang apa yang cuba disampaikan...sebab melalui berfikir baru la otak berjalan, berjogging dan berlari kemudian terus memecut. Maka Mukmin yang kreatif dan kritis akan terbentuk.

In shaa Allah semoga bermanfaat :)

No comments:

Post a Comment