alhamdulillah setelah sekian lama berbulan-bulan ternanti-nanti...ini haaa BOOM 2.0 sesi kedua... aikk sesi kedua???
Ye kedua laa...yg pertama dah lama post hahaha...uhuk3...ehemm...k
1. Bagaimana al-Quran bermula?
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).{al-Alaq 96: 1}
Allah menyarankan kita untuk membaca...Tetapi baca bukan sekadar baca.
Pembacaan itu mestilah mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Bagaimana untuk mendekatkan diri kepada Allah dalam pembacaan?
Kena ada Iman.. kemudian apabila sudah baca, pasti mendapat ilmu. Apabila sudah ada ilmu maka boleh beramal Soleh untuk mendapatkan ganjaran yang tidak putus-putus.
2. Apakah peranan yang perlu kita lakukan apabila sudah membina diri?
كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِۗ وَلَوۡ ءَامَنَ أَهۡلُ ٱلۡڪِتَـٰبِ لَكَانَ خَيۡرً۬ا لَّهُمۚ مِّنۡهُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَأَڪۡثَرُهُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.{ali- Imran 3 : 110}
Allah kata sebaik-baik umat = umat TERbaik!
BAIK tidak semestinya TERBAIK.
Allah mahu kita jadi yang TERBAIK dan bukan hanya sekadar BAIK. Allah mahu yang THE BEST..
Jangan hanya baik di universiti didalam akademik & kokurikulum.
jadilah pekerja yang mahir, pendakwah islam yang berjaya...
Orang yang berdakwah mesti ada ilmu
tetapi
Orang berilmu tidak semestinya berdakwah.
tak paham?? baca lagi sekali ayat tu :P
merujuk ayat didalam al-Quran
هُوَ ٱلَّذِىٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُ ۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُ ۥ عَلَى ٱلدِّينِ ڪُلِّهِۦ وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ
Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.{at-Tawbah 9 : 33 }
Rasulullah membawa "huda wa dinilhaQ" iaitu petunjuk dan agama yang benar.
Ilmu yang kita miliki mesti dari sumber kitab.
[#in shaa Allah sedang diusahakan :) ]
Kita nak contohi Rasul-rasul iaitu orang-orang yang disayangi oleh Allah
dan apabila kita menceburi bidang profesional biarlah menjadi seorang profesional yang mengikut perintah Allah. Hatta tidak menceburi bidang-bidang profesional sekalipun perlu mengikut perintah Allah SWT.
Contoh Profesional yang mengikut perintah Allah:
Az-Zahrawi
- memperkenalkan kit guard/ lifeguard kit ( pertolongan cemas)
- memperkenalkan penyakit Haemophilia.
Jabir Ibn Hayyan
- memperkenalkan tartaric acid, chloric acid, sodium chloride dan segala macam acid..
(قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا ( ٩ ) وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا ( ١٠
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (9) Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (10)
{as-Shams 91 : 9-10 }
Dan jangan jadi macam kuda gila ------> Semangat lebih tapi ilmu ciput :'(
3. Merujuk kepada formula 7A tadi, berkenaan Autentik jadi bagaimana pula jika kita bincang Quran dengan kawan-kawan akan terjemahan Quran tanpa rujuk tafsir Quran?
Bincang Quran dengan kawan-kawan terjemahan tanpa rujuk tafsir. Bagi ayat-ayat mutasyabihat (ayat-ayat yang tidak jelas maknanya)
Bagi ayat-ayat yang jelas maknanya tidak mengapa sebab memang sudah terang lagi bersuluh maknanya :)
4. Apakah nasib orang-orang yang mengamalkan hadis palsu sebelum ini? Yela mereka kan tidak tahu hadis tu palsu ke tak kan?
Didalam *Hadis Qudsi:
"Allah berfirman : Hambaku jika dosanya mencecah ke awan maka dia bertaubat akan Aku ampunkan."
*tolong check kan balik ye...
disarankan jadikan ***Al-Afkar Imam An-Nawawi - mengenai zikir-zikir pilihan agar dijauhkan daripada zikir-zikir yang direka-reka.
*** kitab Riyadhus Solihin - Hadis.
dan selingan
http://www.islamonline.com/
website milik pakar pemakanan..
diceritakan apa itu "Halalan Tayyiba"
Halal --> nak tau apa itu halal kena belajar Syariat, dan kena tau nas yang sahih bersumber daripada al-Quran dan as-Sunnah.
Tayyiba = baik/berkhasiat --> nak tau kena berdasarkan kajian.
Hadis Rasulullah SAW:
"Kamu lebih tahu mengenai dunia daripada aku"5. Persoalan mengenai perempuan hanya layak duduk di dapur...dan tidak boleh keluar
Sepakat ulama' mengatakan wanita TIDAK WAJIB ke dapur.
Zaman Rasulullah - wanita keluar berperanan pada tempat yang sesuai
Hadis muslim:
Hadis riwayat Anas bin Malik ضي الله عنه ia berkata, Rasulullah pernah berperang dengan Ummu Sulaim serta beberapa orang kaum wanita Ansar. Ketika beliau sedang bertempur, mereka membantu memberi minum serta mengubati para perajurit yang terluka.
Di dalam Hadis lain pula
Penceritaan berkenaan hadis tersebut:
Rasulullah terbangun daripada tidurnya lalu baginda tersenyum. Lalu ditanya oleh Ummu Darda' mengapa baginda tersenyum? Rasulullah memberitahu bahawa baginda bermimpi umat-umat Islam menaiki kapal-kapal, walhal zaman nabi tidak ada kapal. Ummu Darda' kemudian meminta Rasulullah mendoakan agar dia menjadi orang pertama yang menaiki kapal tersebut. Lalu doa tersebut dimakbulkan oleh Allah SWT maka Ummu Darda' menjadi orang yang pertama bahkan wanita yang pertama menaiki kapal tersebut yang digunakan untuk mengembara dan berjihad. Ummu Darda' syahid ketika berperang di atas kapalnya.
Di dalam kitab Ibnu Kathir dalam bab al-bidayah wan Nihayah
Saidatina Aisyah disebut memiliki kepakaran dalam bab:
- Feqah
- Qiraat
- Sejarah Arab
- Matematik
- dan banyak-banyak-banyak lagi.
Yup off course la Saidatina Aisyah seorang wanita. Dan patut dijadikan ikon untuk diteladani oleh wanita-wanita dan perempuan-perempuan di dalam dunia ini.
Agama Islam tidak pernah membantut kemajuan bahkan agama Islam inilah yang mencetus kemajuan.
Resolusi / Kesimpulan
- Dalam Islam Ilmu adalah pintu gerbang kepada segala kejayaan.
- Kita perlu berazam untuk menguasai ilmu-ilmu yang autentik especially ilmu agama.
- Kita perlu berazam untuk menguasai ilmu-ilmu yang autentuk especially ilmu agama untuk mengukuhkan akidah & iman kita kepada Allah SWT dengan kepercayaan yang jitu.
- Dalam Islam kita menyedari bahawa Semangat+ ilmu yang tinggi tetapi tanpa akhlak yang mulia itu tidak sempurna.
- Perbaik diri sesuatu yang baik, tetapi belum cukup sekadar perbaik diri.
- Dalam Islam kita menyedari kita perlu terjun ke dalam masyarakat untuk berdakwah.
Sekian wabillahitaufik wal hidayah Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment