Monday, 15 April 2013

Mengapa Tidak Mahu Luruskan Shaf?

MENGAPA TIDAK MAHU LURUSKAN SHAF?




Seringkali kita lihat gambar ini,hakikatnya kita sekadar tidak ambil peduli

Adalah menjadi kebiasaan bagi imam yang bertugas mengungkapkan hadis rasulullah tatkala tiba masa

berdiri bagi mendirikan solat jemaah.
Sesungguhnya ucapan tersebut bukanlah kata-kata yang direka-reka 

tanpa tujuannya,ini kerana kata-kata tersebut adalah shahih dari mulut rasulullah SAW yang mulia yang 

bermaksud:

Dari Anas bin Malik r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda”Luruskan shaf kamu,karena shaf yang lurus termasuk solat yang sempurna”(Hadis Riwayat Muslim)


Dukacita di dalam masyarakat kita agak tidak mengendahkan seruan tersebut.Kita mengaku cinta kepada

 nabi,akan tetapi perintah baginda yang ringan seperti ini sering kali dipinggirkan.Ketahuilah sesungguhnya 

kecintaan kepada Rasulullah perlu diterjemahkan dengan mengikuti(ittiba’) sunnah-sunnah beliau yang 

shahih.Apa mungkin seorang anak mengaku cintakan ibu bapa tetapi tidak menuruti perintah kedua ibu 

bapanya?Cuba hayati hadis shahih rasulullah ini yang bermaksud:

Daripada Anas bin Malik r.a: daripada Nabi Saw, sabda baginda: “Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman.Pertama,hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai kecuali kerana Allah.Ketiga,hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka”

(Hadis Riwayat Bukhari&Muslim)


Jika kecintaan kepada ibu bapa menuntut kepada ketaatan terhadap perintah mereka,apakah pula alasannya

 kita untuk tidak mengendahkan perintah rasulullah,sedangkan kedudukan cinta terhadap rasulullah adalah

 lebih tinggi berbanding kecintaan terhadap kedua ibu bapa kita.Begitulah kecintaan yang sebenar kepada 

rasulullah perlu kepada mengikuti (ittiba’) sunnah baginda SAW sebagaimana yang difirmankan Allah SWT 

yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Ali 'Imraan:31)



Mungkin ada yang rasa tidak selesa jika bersolat dalam keadaan rapat-rapat serta dalam shaf yang 

lurus.Tidak kurang juga yang timbul perasaan geli untuk berdiri bersentuhan bahu dan merapatkan tumit 

ketika bersolat berjemaah bersama-sama.Ketahuilah bahwa didalam sunnah yang dipandang ringan ini 

terkandung penawar bagi penyakit perpecahan yang sedang melanda umat Islam masa kini,hayatilah apa 

yang telah di tuturkan oleh Rasulullah 1400 tahun dahulu,yang bermaksud:

Dari Abu Masud r.a. , katanya Rasulullah SAW menyentuh bahu kami sebelum solat sambil berkata” Luruskan barisanmu(shaf),jangan bengkok-bengkok,nescaya yang menyebabkan hatimu berpecah belah.
(Hadis Riwayat Muslim)



Begitulah kelebihan solat berjemaah yang sempurna shafnya dapat mengeratkan perpaduan sesama 

Muslim.Terdapat sesetengah masjid yang mewujudkan amalan bersalaman selepas solat bagi mengeratkan 

perpaduan sesama kita,akan tetapi Rasulullah mempunyai cara tersendiri di dalam mewujudkan perpaduan 

yang utuh di kalangan para sahabat dengan menyempurnakan shaf.Ini terbukti dengan lahirnya generasi yang 

ditarbiah oleh Rasulullah sangat menjaga perpaduan sesama mereka dan tidak mementingkan diri seperti 

puak Muhajirin dan Ansar yang dapat satukan.

Agak menghairankan didalam masyarakat kita terdapat budaya yang amat sensitif jika terdapat kanak-kanak

 yang maju untuk ke shaf hadapan dan solat bersama-sama orang dewasa,tetapi tidak pula sensitif dengan 

seruan Rasulullah bagi meluruskan dan merapatkan shaf.Ada yang beranggapan tidak sempurna shaf jika 

terdapat kanak-kanak bersolat bersama-sama dengan orang dewasa tetapi tidak pula merasakan solatnya 

tidak sempurna jika shafnya tidak lurus,sedangkan rasulullah telah mengungkapkan hadis yang bermaksud:

Dari Anas bin Malik r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda”Luruskan shaf kamu,karena shaf yang lurus termasuk solat yang sempurna”
(Hadis Riwayat Muslim)





Jika begini pasti lebih banyak ruang untuk jemaah yang hadir

Seringkali kelihatan tatkala solat jumaat ada jemaah yang terpaksa solat diluar masjid disebabkan ruang 

didalam masjid sudah dipenuhi oleh para jemaah.Mungkin jika para jemaah didalam masjid dapat 

merapatkan dan meluruskan shaf sedikit sebanyak dapat memberi ruang kepada jemaah yang diluar untuk 

turut sama bersolat didalam masjid.

Jika benar kita ikhlas cintakan rasulullah dan ingin mengeratkan perpaduan sesama muslim,ikutilah sunnah 

rasulullah.Mulakan dengan sunnah yang mudah ini dengan melurus dan merapatkan shaf,leburkan 

ego,eratkan perasaan kasih sayang sesama muslim dengan menyempurkan shaf.Semoga kita dapat meraih 

solat yang sempurna dan mengeratkan perpaduan sesama kita.Ayuh luruskan shaf kita seperti mana yang 

telah di perintahkan oleh rasulullah dan semoga mendapat kenikmatan syurga bagi mereka yang mentaati 

rasulullah sebagaimana Firman Allah yang bermaksud:

Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.
(An-Nisaa':13)

No comments:

Post a Comment