Wednesday, 17 April 2013

sekelumit daripada ingatanku di pagi hari..

Bismillahirrahmanirrahim,

apa khabar semua?? sihat?? alhamdulillah sihat ek...... owhh2 saya?? eheee alhamdulilllah sihat & kuruih macam selalu. hoho.

baik hari ni kita, bukan kita la...saya nak share ckit2 lah berkenan apa yg telah diperoleh oleh saya pd pagi td selepas daripada ceramah Tn Syed Abdul Kadir Al-Jofrie (mohon maaf dan ampun kalau salah eja).



toib (baiklah)...

kat mana nak mula ekk....mmm.. kita campur2 la ckit ehh (actually td bincang psl bnyk perkara & tak fix pada 1 tajuk besar)

haaa kita nk bincangkan mengenai solat berjemaah... dpt eh? dpt?? apa dia kita nak bincang??

bagusss.. pandai.. SOLAT BERJEMAAH.

Ya solat berjemaah... apa tu??

dari namanya sendiri "Jemaah" yang bermaksud berkumpulan yg merangkumi AT LEAST 2 orang atau lebih.

Dalam solat berjemaah wajib ada makmum...aikk makmum pon wajib bukan imam ke yg wajib ada?? of course laaa x de makmum x wujud laaa solat berjemaah...haizzzz

IMAM
perghh bila sembang pasal Imam... bukan iman ekk tp ImaM...ye adik-adik, abang-abang, makcik-makcik, pakcik-pakcik, datuk-datuk, nenek-nenek....haihhh nk sebut semua gak ke??

bila sembang psl Imam ni, haaa hat laki-laki ni semua mula tunduk.... tu budak lelaki tu tak tunduk pon??

haiihh dia budak lagi mana laaa paham apa-apa..

kenapa ekk diorg tunduk??

sebabnya tak lain tak bukan, sebab beban dan beratnya tugas Imam ini. (alasan yang selalu kita dengar).

kenape berat pulak tugas dia ni?? aiyoo..

jwpn dia simple, sbb dia ni kena jadi ketua.. seorg ketua perlu menjadi seorg yang amanah..BESAR tanggungjawab dia. Kalau imam salah, seramai mana yg ikut dia tu dia kena tanggung semuanya.. nanti kat akhirat nak jawab apa kalau lalai ooo. nau'zubillah

Dah tu tak nak laaa jadi Imam...

ehhh jangan macam tu pulak....!! kita ni pantang nampak susah sikit terus mengalah... sebab tu sebelum jadi imam kena la ada ilmu.. dan ganjaran Imam ini besar, seramai mana ma'mum yang ikut dia maka seramai bilangan itu pahalanya..

aikk kalau 10 org bnyk tu je pahala dia??

amboihh hang ni literally sgt aihh.... dosa Pahala x de siapa tahu... Yang pasti takkan laa TUHAN yg Maha pemurah lagi Maha Penyayang nak buat mcm tu.. T de sape plak nak jd imam btol x? Mesti la ada gandaannya yg kita tak tau... Sebab ketua yang amanah dan adil, Allah janjikan syurga tauu..

Imam?? saya tak cukup ilmu...

Hang pernah rasa makan penumbuk?? Sekolah agama dulu kan...tak pon sekarang p pondok kan?? takkan basic nak jadi imam pon tarak?? *(bg yang betul2 tak dak basic dimaafkan).

saya tak hafal surah laa, hafal yang pendek-pendek aje...

nak jadi Imam wajib hafal 30 juzuk ka?? hang blajaQ tang mana?? Imam tak semestinya kena hafal 30 Juz al-quran, tetapi lebih afdhal dan lebih layak org yang baik dan elok bacaan qurannya dari segi tajwid, mahraj huruf etc biarpun hanya berbekalkan surah 3 kul dalam dadanya ( mana tau geng2 mua'llaf yg baru je kembali kepada islam n then nak balik rumah singgah solat berjemaah, nak tunggu dia hafal 30 juz kaa???)

Dah tau tak hafal pon, Quran besar kat dalam surau tu awat tak mo guna? sampai berhabuk..

err tak cool la bro...tak batu dan golek (rock &roll) laa mcm tu...

Nah penyepak sekilo!

semua org boleh menjadi imam, cuma perlu perbetulkan niat sahaja...niat kerana ALLAH SWT of course laa sbb nak solat.. niat dia kena ikhlas dan berniat baik.

ada kisah seorang raja......jeng3.. yeayy~~ story telling :D

raja ni pada suatu malam, dia berpakaian seperti orang biasa..baju biasa, bodyguard pon tak ikut.

lalu dia terjumpa seorang penggembala lembu..

dilihatnya penggembala lembu itu tengah memerah susu lembu dia MOOOO...yang sangat-sangat "sihat"..means Gemuk laaaa.. dan susu itu dapat diperah sangat banyak hingga tak dapat berhenti.. atuudiaaaa bunyi mcm tak logik bak ang.. lek lu..

kemudian setelah pulang sebelum nak tido, raja itu berfikir... "kalau aku wat balik / rampas lembu tu atas alasan dia ni seorg raja bagus jugak..tiap-tiap hari boleh minum susu , jimat bajet haha". lalu dia pon terus tido. maka pada keesokan harinya dia pergi bersama-sama bodyguard dia tp still berpakaian mcm org biasa (sbb dia tak suka pakai pakaian raja) berjumpa dengan pakcik penggembala tersebut atas tujuan nak merampas lembu tersebut, tetapi alangkah terkejutnya dia pagi itu dia lihat lembu itu kurus kering.. ( amboih pakcik tu perah susu sampai kering kaaa??)  lalu raja tersebut bertanya kepada penggembala tersebut;

raja: pakcik-pakcik, mana lembu gemuk pakcik yang semalam??

pakcik: inilaaahhh satu-satunya lembu yang pakcik ada.

raja: tapi apa dah jadi dengan lembu pakcik?

pakcik: entah laa nakk...mungkin sebab raja ada niat tak baik nak wat jahat kot.

raja: *gulp.... *memang aku ada niat tak baik....

lalu raja itu pon pulang dengan rasa bersalah dan dia terus bertaubat... keesokan harinya dia pergi sekali lagi dan alhamdulillah lembu itu gemuk semula..

kisah ini ada diceritakan didalam sebuah kitab yang membincangkan bab solat. maaf tak berapa ingat, belakang nama kitab itu ada iras-iras "musollin".. kitab "something2" musollin. jadi kisah ini ada diceritakan di bahagian belakang kitab tersebut.. kenapa nak diceritakan?? sebab nak menunjukkan, niat yg tak baik akan menyebabkan hasilnya tidak baik..maka sebelum jadi ketua / imam kena perbetulkan niat. jangan ada rasa riak ujub takabbur.. in shaa Allah.

Ok next, MA'MUM

berkenaan dengan ma'mum ni tak perlu cerita panjang-panjang kot...hangpa semua memang pernah jadi ma'mum pon kann...haaaa lagu tu la dia.. orang-orang yang solat mengikut imam.. itu la dia ma'mum..

OOooOoo tu laa ma'mum?? hat solat depan sorang-sorang tu ek??

=.=" sekeh kepala kang...haha.. tak yg solat di bahagian belakang... imam yg solat sorang-sorang kat depan kita, kita ikut dia dari belakang.


OK...abes sudah muqaddimah yg dah melalut-lalut.

ada apa dengan solat berjemaah ni??

( إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلَّذِينَ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِهِۦ صَفًّ۬ا كَأَنَّهُم بُنۡيَـٰنٌ۬ مَّرۡصُوصٌ۬ ( ٤

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

surah as-saff  (61 : 4)

sesiapa yang solat berjemaah didalam susunan saf yang rapi, seolah-olah sebuah bangunan yang tersusun kukuh.. maka mereka dikasihi ALLAH..

tak terhenti disitu, kalau solat berjemaah diangkat darjat setiap org yang solat berjemaah sebanyak 27 darjat sedangkan solat bersendirian hanya 1 darjat.

petikan daripada ceramah ustaz azhar idrus:
kita kalau diberi RM 270000 dengan RM 1000 , yang mana kita nak??
kita nak RM 1000!???  Hang ada ambik pil kuda??

of course la amik RM 27000 kan...tp sejauh mana kita mengejar 27 darjat yg nilainya jauh lebih besar daripada RM27000 yang boleh habis "anytime when you spend it everytime"  kerana darjat itu yang sedikit sebanyak memberikan booster kepada kita untuk menempah tiket masuk kedalam syurga ALLAH azzawajala.

nah boring baca lyn video plak :


Jadi nak diringkaskan cerita, cuba, cuba at least cuba dulu...bagi yang tak pernah tau jarang atau yang dah lama tinggalkan solat berjemaah...cuba pegi solat berjemaah di surau atau di masjid.

surau/masjid jauhh laaa....anjing banyak...pencuri banyak...kena naik turun tangga bahaya..bla..bla..blaaa

nah amik ni:


Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah S.W.T. dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup). [Surah Al-Imran 157. 

4 comments:

  1. Lembu jugakk..sempoi la ayat amin..bnyk pengisian..teruskan :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, bagus min, perbarui niat, semoga Allah redha usaha amin ni :)

    ReplyDelete