Thursday, 23 May 2013

Iqra' , Baca & Read

Bismillahirrahmanirrahim

BACA...


Apabila kita bicara tentang BACA mesti ramai mengeluh....especially LELAKI. #Uhukkk..saya pon lelaki.

Yes memang tak dapat dinafikan memang perkataan "MALAS" will come at the 1st place.. kan? kan? kan??

Bagi Perempuan maybe tak, tapi bagi saya...honestly saya memang malas membaca!!

Ek elehh tu pon nak habaQ ke??

Ye kena habaQ laaa... sebab apa?

Sebab nak bagi sedar bahawa saya, saya, dan saya.... adalah seorang yang malas membaca + kalau baca 2 baris tobat tidur terus. Kalian tak kot...malas jugak? ok takpe lets go through sama-sama apa yang saya nak cuba share.

_________________________________________________________________________________


Pernah tak....

kalian terasa macam general knowledge kurang??

Pernah tak...

kalian terasa macam ada empty space yang sangat-sangat besar dalam kepala otak kalian ??

Pernah tak...

kalian terasa bahawa kalian hendak mencapai sesuatu tetapi tak tau macam mana??

Pernah tak...

kalian rasa macam nak ketuk kepala saya sebab asyik sebut "Pernah tak...???" hahaha rileks...chill :3

lapangkan dada...

1st of all saya nak ucapkan tahniah kepada orang-orang yang rajin membaca tak kesah la baca Quran , komik ke novel (ewww...) , majalah or what ever.




TAHNIAH~~~~!!

sebab apa??

Sebab kalian berjaya melawan hawa nafsu dan bisikan syaitan!

& sebab melalui pembacaan yang banyak-banyak-banyak x100

kita akan mendapat banyak ilmu....mematangkan fikiran dan mcm2 lagi.


Jadi.....macam mana pula dengan orang-orang yang malas macam saya??

Haaaaa bagi yang pemalas macam saya ni PLEASE laaaa SEDAR!!

Alhamdulillah ALLAH telah membukakan pintu hati saya untuk mula membaca.

macam mana bleh terdetik eh?

Well...citer dia macam ni...

Sepanjang hidup memang saya malas membaca dan segalanya bermula apabila terdetik di hati, punya laaa cetek ilmu agamaku + kejadian semasa akhir sem 3 Foundation in Medical Studies at AUCMS.

Kitab Riyadus Solihin, tafsir al-quran ....Buku-buku anatomy, Biochemistry...Pathology...bla2.. milik senior bagai semuanya tebal-tebal...

lalu terdetik di hati... " Ya Allah mampukah aku untuk menghadapi semua ini?? "

Yep 1st of all rasa macam memang confirm cannot go ahh...

tapi alhamdulillah Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik....punya Baik Tuhan kita ni.. dia bagi semangat dan ilham kepada saya bahawa saya perlu mengubah diri sendiri.

"....Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (11) " {ar-rad 13: 11 }
Lalu decision last minute untuk tukar from masuk MD AUCMS april intake kepada September Intake dilaksanakan. Muktamad.

Jadi apa  usaha kecil yang telah saya lakukan??

tadaaaaa!



Koleksi buku-buku yang akan cuba saya habiskan sedaya yang mampu...doa-doakan la ye :)

haa kat bwh ni plak buku2 yang dibeli hasil kamikaze BR1M


makin sikit.....

dan alhamdulillah setakat ini buku-buku ini dah abes:




Novel Tautan Hati - Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin Telaga Biru Sdn Bhd. --> officially finished on 17th May 2013 at 12.35pm.

Novel Versus - Hlovate ---> officially finished on 23rd May 2013 at 2.40 pm.

Keajaiban al-Quran - D. Gary Miller ---> officially finished entah bila tau...lama sangat dah.. hahaha :P

*Credit to those who suggested me these books. ;)

#Uweekkk....Apa ni?? Lelaki baca novel???? novel plak macam....urghh..

Hahaha...never judge a book by its cover. Same goes to what I've done.

why...why...why??

Saya mengambil pendekatan untuk menghabiskan novel untuk melihat bagaimanakah tahap kemampuan saya untuk menghabiskan buku setebal novel-novel tersebut serta ingin membuktikan bahawa:

"...... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. "  {al-baqarah 2 : 216 }
Untuk membuktikan bahawa kita boleh menghadapi sesuatu yang kita tidak suka tetapi membawa manfaat kepada kita...contoh bagi saya ialah MEMBACA.

Seterusnya, mesti anda pernah dengar selalu ayat ini

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)" {Al-Alaq 1 : 1}
Yep of course la pernah dengar kan...sebab kita selalu baca dalam al-quran..

Tapi sedar tak kita hanya dengar, tau maksud tapi tak amalkan...dan kalau ada amalkan tapi tak ikhlas (saya la tu T_T )

Jadinya...marilah kita sama-sama perbanyakkan pembacaan bagi menambahkan ilmu , menjadi Mukmin Professional lagi berTAQWA lantas memajukan Islam.

ALLAHUAKBAR!!

akhir kalam.....tolong dan tolong doakan saya dan diri kalian agar kita sama-sama akan bertambah-tambah rajin membaca..in shaa Allah..aamiin... :)

No comments:

Post a Comment