Monday, 20 May 2013

ZERO TO HERO - Ledakan Potensi

Bismillahirrahmanirrahim..


Sabtu- 20/4/2013

Uitm Puncak Alam, Selangor.

ZERO TO HERO

Panel -

Ir Alwi Adam & Ustaz Pahrol Moh Juoi


Sesi Pagi

Lagu UiTM~
ucapan ketua PEERS, Perasmian, Pemberian hadiah...Montage PEERS UiTM. Ucapan sape nth...
tup2 dah nak start :O

Ir Alwi Adam


Assalamualaikum, apa khabar warga UiTM!??

(err...kita bukan warga Uitm) bisik Am kepada Sy

Apa yang anda nampak didepan?

EPAL!!.... SUPERMAN!!!..... *Riuh rendah.

Am: err epal kena gigit??? LOL #mengantuk

Apabila diceritakan tentang superhero apa yg bermain difikiran kita??

BEST?? ada kuasa macam-macam kan??

Bila ada kuasa special nak tolong orang pon senang kan? betol tak??

Kalau tanya semua orang, mesti semua orang nak jadi superhero kan??

ok anda suka superhero yg mana??

biasa yang perempuang ni bukan tau sangat ek??

yang lelaki mesti suka hero yang ada macam-macam gadjet diorang ni suka benda-benda "cool"

perempuan pulak suka apa yek? spiderman? superman?

Pelajar Perempuan: *angguk beramai-ramai...sebahagian ada kata GOKU!

owh students  perempuan minat dragon ball ye...bleh ada supersaiya semua? bagus2

*Gelak

Am: SAILORMOON...perempuan suka SAILORMOON!!! hahaha

apa dia?? tadi saya dengar budak lelaki suka SAILORMOON??

*GELAK

ok, kenapa korg suka superhero-superhero korang ni??

ok superman kuat.. spiderman boleh panjat sana sini... lagi??

ape sailormoon????

Am: Powerpuff GIRLS~~!!!

*Gelak..*bisik-bisik sebut Powerpuff girls merebak..

ok la kalau lelaki macam saya cakap tadi diorang suka benda-benda cool, so mesti suka BATMAN kan? betol tak?

*BETOL~~!!

ok...tapi banyak-banyak superhero ni problem sikit, apa dia??

Diorang tak sembah Allah, diorang hidup sorang-sorang.

contoh superman...

*DIA PAKAI BAJU TAK IKUT SYARIAT~!

*DIA PAKAI SPEn..... KAT LUAR!!

*GELAK

ok..ok... superhero yang ada ni...macam superman ni tak tutup aurat kan?

Jadi kita nak jadi seorang superhero yang Muslim. Yang hebat, walaupun tak ada kuasa macam superhero-superhero ni.

Jadi macam mana nak jadi HERO ni??

ini tips-tips nya:

1st kena:

Adore Mastery , Abhor Mediocrity

Apa maksudnya??

Kita kena jadi lebih dari orang lain / lebih daripada orang biasa bukan sekadar asal siap kerja sudahlah.

Maksudnya Kuasai sesuatu bidang dan atasi kebiasaan.

contoh, kalau jadi Doktor biar kita kuasai bidang perubatan sedalam-dalamnya...dan bila jadi Doktor jangan sekadar jadi Doktor biasa.. GO FOR SPECIALIST. :)

Problem kita ialah...kita selalu nak jadi biasa-biasa aje.

[ alasan sebab nak hidup bersederhana macam Rasulullah. SALAH TU... Sederhana ada pada tempatnya... Rasulullah apabila menjadi pemimpin, bukan sekadar pemimpin sebuah kumpulan kecil. Tetapi menjadi Pemimpin sebuah negara, Pemimpin angkatan Tentera..bahkan dalam peperangan berada di hadapan yang bukan satu kebiasaan bagi pemimpin-pemimpin lain untuk berani duduk di bahagian hadapan. ]

2nd :

Do the things that frighten you


Hadapi ketakutan dalam diri sendiri dengan melakukan apa yang ditakuti itu
  • Pursue what scares you
  • Growing Your Confidence
  • Blaming external condition is giving away power
  • Take back your power by doing the thing that frighten you.
  • A fear is nothing more than a doorway into the highest version of your highest vision.
contoh:

kisah Bruce Lee bermain ping-pong guna nunchakus

Kisah Dr Mahathir dengan Anjing - Melawan rasa takut ketika berhadapan dengan anjing semasa kecil

Matrix- Neo lompat dari satu bangunan ke satu bangunan lain...tapi jatuh.

Our Destination Must Be Higher Than Our Ego!

sampingan sila like https://www.facebook.com/Daiepreneur?fref=ts







3rd:

Doer & Focus

Lakukan kerja dengan bersungguh-sungguh dan fokus!

  • Life is too short to play small.
  • They don't know everything , but they relied on their confidence, ability & belief & JUST DO IT

Contoh:

  • Hero stories
  • Syed Bukhari
  • Mydin- bermula dengan perdagangan dan kecil-kecilan..sekarang mempunyai gedung borong besar. Malahan diwarisi Generasi hingga generasi.

When you start to be comfotable there will be no progress

4th :

Love What You Do

Sukakan dan hayati apa yang kamu lakukan. Kemanisan kejayaan itu lebih berharga dari kepahitan sebuah usaha

  • There is no point doing things that you don't love.

contoh:

  • Steve Jobs- Do what we love to do , don't let others interfere your life
  • Richard Branson
  • Muhammad Ali- I hates every minute of training, waking up early in the morning, but the image of I became the WORLD CHAMPIONS are sweeter than my hardship.

    " I AM THE GREATEST!! "

5th:

Take Responsibility

 Bertanggungjawab terhadap diri kamu sendiri
  • With Great Power, Comes Great Responsibility ( uncle Ben-Spiderman's Uncle) 
  •  Your Result is Your Responsibilty ( in exam)

itu antara tips2 yg dapat saya tulis dan tak berapa dapat nak huraikan panjang-panjang.


So, How to start to think like a Superhero??


  • Awareness      -----> Know Yourself
  • Understanding -----> Know the condition & situation
  • Disassociation ----->  Get rid of unnecessary or bad things.
  • Declare           -----> Build Up confidence through declaration & affirmation


Terdapat beberapa kesimpulan yang dapat dari sini iaitu:

1) Kita kena jadi lebih dari orang lain / lebih daripada orang biasa bukan sekadar asal siap kerja sudahlah.
2) Hadapi ketakutan dalam diri sendiri dengan melakukan apa yang ditakuti itu
3) Sukakan dan hayati apa yang kamu lakukan. Kemanisan kejayaan itu lebih berharga dari kepahitan sebuah usaha
4) Bertanggungjawab terhadap diri kamu sendiri

_________________________________________________________________________________


Sesi Tengah Hari

Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Mukmin Profesional (People of integrity)


Assalamualaikum, alhamdulillah dapat kita bersama-sama berada di dalam majlis ilmu iaitu sebahagian daripada raudhatul jannah (taman-taman syurga) dan malaikat-malaikat memayungi orang-orang yang berada di dalam majlis ilmu bahkan mendoakan kesejahteraan mereka.

Kita dalam hidup ini perlu Be Humble ( Tawadhu')

Rasa tidak berilmu ialah rasa orang-orang yang berilmu
Di ulangi... "rasa tidak berilmu" ialah "rasa orang-orang yang berilmu"

maksudnya? orang-orang yang berilmu sentiasa merasakan seolah-olah mereka masih tidak mempunyai / merasa sedikit akan ilmu yang dimiliki.

Semakin banyak ilmu yang diperoleh semakin "jahil" kita ini.

Ilmu ialah cahaya. Jahil itu ialah kegelapan.

Nabi Sulaiman A.S pernah ditawarkan Kuasa, Harta dan Ilmu. Dalam ketiga-tiga tersebut Rasulullah memilih ILMU. Kerana pada hikmahnya, apabila kita memperoleh ilmu maka Kuasa dan Harta berbondong-bondong akan datang kepada kita.

Kita dinilai tinggi oleh ALLAH SWT melalui TAQWA
(atudiaaa sebab tu tajuk Blog ni TAQWA STRIVERS sebab kita nak tergolong dalam kalangan orang-orang yang dinilai tinggi oleh ALLAH :D )

Namun kita juga dituntut agar sentiasa Waqa' @ Wiqayah = berhati-hati / mencegah a.k.a Precaution.

Ubai Bin Kaab ditanya oleh Umar al-Khatab

Apakah itu taqwa??

Taqwa itu seolah-olah kamu berjalan di atas jalan yang berduri, dan kamu berhati-hati berjalan untuk mengelak duri-duri tersebut.

Wajib, Sunat, Harus , Haram ,  Makruh

Out of 5, hanya 1 tak boleh iaitu Haram. 4 Lagi boleh. cuma makruh itu tak di sukai Allah.

nak kata apa dengan hukum-hukum ni?

Nak kata punya Kasih & Sayang Allah kepada kita sebab membolehkan 4 dan tidak membenarkan cuma satu... yep 1 je bukan susah pon.

Bayangkan cuba Allah reverse 4 haram, dan 1 je boleh...tentu susah betol tak?? ini tak boleh itu tak boleh...

Itu pon masih ada kita mengeluh kata banyak benda tak boleh buat dalam ISLAM...

Tepuk Kepala, Tanya Akal,
Tepuk dada, Tanya Iman

1. HablumminALLAH

Solat = silah ( kata asal ) = SILAturrahim = nilai hubungan manusia dengan Allah.

Solat merupakan kepala kepada Ibadah.

Tau kan?? tak?? tauuu???? takk? YES...anda tau sebenarnya SOLAT itu wajib & Kepala segala Ibadah.

tapi... tahukah anda sebanyak 80% Penduduk Malaysia sudah tidak solat?

FakhSha= kejahatan-kejahatan seks ---> pornografi, rogol etc.

Mungkar = Kejahatan-kejahatan yang biasa kita faham----> mencuri , menipu etc.

2. HablumminanNAS

Nilai manusia <-sesama-> manusia.

Akhlak = Perbuatan-perbuatan yang dilahirkan oleh seseorang tanpa perlu difikirkan (auto pilot) yang sudah sebati dengan dirinya  [ Imam al-Ghazali ]

Akhlak ----> characteristic yang menjadi personality.


Rahmat Rasulullah yang membawa akhlak yang sempurna

Innama Ukhrijatlinnas mim makarimal Akhlak
Sesungguhnya sebaik-baik manusia ialah yang cantik akhlaknya

Akhlak yang sempurna yang dibawa oleh Rasulullah inilah yang menjadi tanda KETAMADUNAN ISLAM yang sebenar. Bukan pada kemajuan sains , bangunan dan seni semata-mata.

Ketinggian dan kehebatan Islam bukan hanya semata-mata kepada Seni bina semua-semua tu.

Tetapi Islam GAH pada Akhlaknya.

yeke??

Islam itu hebat sehinggakan mampu membuatkan yang miskin dan kaya bersyukur
Islam juga mengajar erti kelembutan instead of Kekasaran dan Keganasan.

3. Itqan = Peranan

" Allah suka orang yang melakukan pernannya dan memperelokkan peranannya."
Indicator---> Kita umat Islam sekarang sangat-sangat Kritikal



bukan kah umat Islam itu HERO??

Khairo Ummat... (sebaik-baik ummat)

jadi kita perlu :




manusia itu hina. dijadikan daripada Setitis Air mani yang tak berguna langsung.

Dijadikan daripada Tanah " ... Min Thurab..." ,

Thurab tu apa?? Thurab itu ialah tanah daripada lapisan yang teratas sekali, yang menjadi tempat dipijak dan jatuhnya tahi etc..

Tetapi untuk jadi Mulia hanya perlu jadi orang-orang yang beriman.

Sedarlah wahai sahabat-sahabatku... kita tak punya apa-apa melainkan hanya bergantung kepada-NYA.

Islam yang bermasalah atau Ummat Islam itu yang bermasalah???

Ummat Islam itu yang bermasalah....

Hujah Syeikh Muhammad Abduh semasa pergi ke paris
" Aku pergi ke sana (paris) , aku nampak budaya-budaya Islam tetapi tidak ada orang Islam disitu"

Dan apabila beliau ke Mesir
" Aku pergi ke sana (mesir), aku tidak nampak budaya-budaya Islam tetapi di situ ramai orang-orang Islam.

Keindahan Islam boleh dilihat melalui:
  • Ilmiah    ---> al-Quran , as-Sunnah, Kitab-kitab Ulama'
  • Amaliah ---> Perlakuan dan akhlak
Jadi yang manakah sebenarnya yang bermasalah???

Dalam kita terleka, Rupa-rupanya sudah ramai orang-orang Bijak Pandai yang BUKAN Islam tetapi sudah masuk Islam.

dan

Rupa-rupanya juga sudah ramai orang-orang BODOH yang Islam dah keluar Islam.

" Islam is a way of life / religious but with dead followers, whereas Christian is a dead  way of life / religious but with a living followers " 
" Islam adalah cara hidup / agama tetapi dengan pengikut-pengikut yang mati, sedangkan Christian merupakan cara hidup / agama yang mati tetapi dengan pengikut-pengikut yang hidup" - Paderi Kristian
Kalau kita lihat.... Mana ada agama lain yang ajar adab-adab nak masuk tandas, adab-adab nak buang hajat etc.

Tetapi Umat Islam harini LESU, sebab itu nampak pendakyah-pendakyah agama lain laju dan bersungguh-sungguh dalam berdakwah.

Kita sekarang ibarat mempunyai Content yang baik tetapi mempunyai Container yang lemah

Islam itu dah baik tetapi kita umatnya yang lemah.



Aplikasi dalam Bab Pembelajaran:
(1) FAILED! : Pelajaran tak ada, akhlak pon teruk -sebab utama yang akan membawa masalah ialah, golongan ini akan membawa culture buruk hingga jadi budaya, bila sudah menjadi budaya lama-lama dia akan nampak macam biasa. 

Contoh: 

  • Budaya Maki-memaki
  • Budaya Rasuah
  • Budaya datang lewat = tak salah
  • Budaya datang awal = salah plak (-_-"?)
  • Budaya COUPLE. Couple ini berdosa kerana menghampiri Zina, namun isu ini sudah menjadi tidak sensitif kerana orang pandang sebelah mata dan ramai orang buat. Akhirnya couple diterima sebagai satu budaya secara UNOFFICIAL.


(2) Akhlak dah ok tp.. kualiti pelajaran plak yang kureng cikit. Jangan risau golongan ini biasanya mudah untuk melonjakkan diri ke tahap excellence, mereka hanya perlu berusaha, doa & tawakal untuk menjadi lebih excellence dalam pelajaran. Akhlak dah cantik... golongan ini memang sesuai untuk menjadi seorang Dai'e melalui akhlaknya.

(3) Pelajaran dah excellence tp.....akhlak pulak teruk, haaa hat permata yang perlu digilap. Kalau berjaya dijadikan seorang Dai'e memang tip top. Tapi 1st of all kena laa perbaiki akhlak tu sebaik-baiknya. Kalau tak..tak berguna jugak. Maka ini boleh dikategorikan sebagai Istidraj.
(4) Excellence!!! : Golongan yang excellence pelajaran dunia akhirat. Akhlak tip top. Ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang dai'e agar boleh dijadikan ikutan.


Seorang Khalifah perlu menjadi Musleh bukan saja soleh.

Musleh = orang yang memberikan kebaikan, kepada :
  • Keluarga
  • Orang Sekitar
  • Negara

Soleh = orang membuat kebaikan

Untuk jadi Baik (mukmin & khalifah) kita perlukan Ilmu.

Imam as-Syafie pernah berkata:
"Jika Engkau mahukan dunia maka perlukan ilmu, Jika mahukan akhirat perlukan ilmu. Dan jika kamu mahukan kedua-duanya maka perlu ada ilmu "

Ilmu apa yang perlu kita ada??


  • Ilmu Wahyu ( Vivid Knowledge) ;  Ilmu : Tauhid, Feqah , Tasawuf, Akhlak
  • Ilmu Pengetahuan (Acquired Knowledge) ; Ilmu : Doktor, Engineer, Chef ....etc.
Belajar ilmu yang kita belajar sekarang ini kerana tuntutan ALLAH & Agama bukan semata-mata untuk mendapatkan kedudukan, harta ..etc.

Kita nak jadi [Cerdik + baik] bukan [Tak Cerdik + baik] , bukan [Cerdik + Tak Baik] dan apatah lagi bukan pula [ Tak Cerdik + Tak Baik].

Cerdik + Tak Baik = Penipu
Tak Cerdik + Baik = Kena Tipu


Ada Satu dosa yang ALLAH tidak akan ampunkan dosanya melainkan dia berusaha (belajar) dengan gigih. Dosa itu ialah Malas - Ulama'

Dr. Yusuf al-Qardhawi risau siswa-siswi yang lepas belajar tak mengamalkan ilmu yang diperolehi, tak bekerja & yang paling penting tak mampu nak membangunkan agama Islam daripada pandangan serong orang-orang bukan Islam.

Apabila Seorang Pemimpin yang ingin membuat Transformasi/ Reformasi dia mesti boleh Transform/ Reform budaya.

Contoh:

Rasulullah berjaya menghapuskan budaya-budaya jahil seperti meminum arak, buang anak berzina..etc.. melalui Wahyu ALLAH. Maka Allah merombak budaya-budaya ini melalui Rasulullah dengan membawa budaya Iqra' dan membersihkan Hati.

(ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ ( ١ ) خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ ( ٢ ) ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ ( ٣ ) ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ ( ٤ ) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (٥

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5) 
{Al-Alaq 96: 1-5}

Imam Malik berkata:
"Jahiliah yang kedua (zaman sekarang) tak dapat diatasi, melainkan (dengan kaedah membasmi/menghapuskan) jahiliah yang pertama ( zaman nabi) dapat diatasi. "

Budaya Hedonisme ( Hiburan ) VS Budaya Iqra'


VS


Islam tidak menghalang hiburan. Tetapi dalam Islam ada hiburan PRIMIER & SEKUNDER. (mende tuu??)

Hiburan Primier (untuk Rohani) :
  • al-Quran
  • Solat
  • Senyum
  • Pahala
Hiburan Sekunder:
  • Lagu-lagu
  • Movie-movie
  • Games
Bagi Orang-orang barat. Lagu-lagu merupakan hiburan mereka.
Hiburan yang mereka isi sebab tidak ada hiburan ruji (primier) macam orang Islam untuk rohani mereka. Jadi mereka mendapatkan hiburan-hiburan yang melalaikan sebagai Pain Killer untuk Rohani mereka yang membentak KESAKITAN.

Pakar-pakar motivasi mengatakan:
Kalau kita dalam kemunduran dan nak berjaya maka kita perlu copy paste / photostat cara orang-orang yang berjaya.

Bagi kita orang Islam. Rasulullah dalam al-Quran disebut sebagai Qudwah Hasanah ( Contoh terbaik / sebaik-baik ikutan) dari segi:
  • Kepimpinan
  • dakwah
  • peperangan
  • perniagaan
  • Perubatan
  • etc.
Nabi Adam- Pertanian
Nabi Harun- Komunikasi
Nabi Daud- Industri Besi
Nabi Idris- Tekstile
Nabi Yusuf- Ekonomi dan Produk Kecantikan (wajah yang Hensem menjadikan Industri Kecantikan sebagai salah satu Modal perniagaan)
Nabi Sulaiman- Pemerintahan, Pentadbiran Alam.
Nabi Nuh- Perkapalan/ pengangkutan
Etc..


Sekian wabillahitaufik wal Hidayah, Assalamualaikum w.b.t.





No comments:

Post a Comment