Monday, 20 May 2013

Sekelumit Ceramah Habib Ali Zainal Abidin


Selasa, 23/ 4 / 2013

Universiti Malaya.

Habib Ali Zainal Abidin

 Kami Para Nabi Tidak Meninggalakan Dinar/Emas, Kami Hanya meninggalkan Ilmu. Sesiapa yang mengambil Ilmu maka mereka amat beruntung.

Betapa beruntungnya orang yang memilih ilmu dapat ditunjukkan melalui perbuatan Rasulullah ketika Rasulullah Masuk ke dalam Masjid lalu dilihat Baginda terdapat dua Halaqoh.


1. Majlis Zikir
2. Majlis Ilmu

Rasulullah lalu berkata
"Kedua-duanya Baik tetapi yang itu( ditunjukkan ke arah majlis ilmu) adalah lebih baik"
 Allah mengajarkan nabi Adam akan nama-nama (ilmu) yang mana apabila diajarkan nama-nama ini terus mengangkat darjat manusia itu melebihi malaikat.

Apabila ditanya malaikat akan nama-nama tersebut mereka tidak mampu menjawab selain berkata " tidak tahu".

Antara yang ALLAH suruh Rasulullah minta kepada Allah ialah tambahan Ilmu, walaupun Rasulullah ialah mahaguru bagi manusia.

doa itu:

Rabbi Zidni 'Ilman , Warzuqni fahman

Ya Tuhanku Tambahkanlah Ilmu, dan berikanlah kefahaman kepadaku.

Ilmu tidak ada penghujungnya ( bagi manusia )


Nabi Khidir berkata kepada Nabi Musa:

apakah engkau nampak burung diatas perhu ini?

Lalu Nabi Musa menjawab "YA"

Nabi Khidir seraya berkata " Ilmu aku jika digabungkan dengan Ilmu kamu umpama setitis air yang diminum oleh burung itu & Ilmu ALLAH umpama air Lautan ini.

Rasulullah ialah insan yang dipantau oleh wahyu ALLAH SWT.

ALLAH SWT. menjaga:
  • Lisan             - hanya mengatakan kebenaran berdasarkan wahyu ALLAH
  • Pandangan     - Hanya nampak ALLAH SWT. (nampakkan kebaikan)
  • Pendengaran  - Hanya mendengar kalimah-kalimah ALLAH (mendengar perkara-perkara yang baik)
  • Hati               - Hanya meningati ALLAH SWT.
Hatinya itu tidak pernah terlintas untuk memikirkan selain daripada ALLAH.


(3)أَلَمۡ نَشۡرَحۡ لَكَ صَدۡرَكَ ( ١ ) وَوَضَعۡنَا عَنكَ وِزۡرَكَ ( ٢ ) ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهۡرَكَ    

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? (1) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (2) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3) 

{Ash-Sharh 94: 1-3}

Surah al-Hujrat = Bilik. Kenapa bilik???

dalam Rumah ada bilik, Allah ajar Rasulullah tentang tatacara hidup dalam rumah.

Rasulullah tak pernah mengambil tindakan-tindakan yang berlandaskan nafsu.

"Wahai bapa saudaraku, aku tidak mahu harta / takhta yang ditawarkan Biarpun diletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku"

Rasulullah bermuamalat dengan Allah pada setiap masa.

Ada seorang sahabat complain kepada rasulullah bahawa dia kelaparan. Lepas mengadu dia menunjukkan seketul batu yang diikat pada perutnya. Rasulullah tersenyum lalu baginda menyelak bajunya lalu menunjukkan 2 ketul batu yang diikat di kiri dan kanan perut baginda.

*mereka mengikat perut agar perut tidak kembung yang mana akan membawa rasa kesakitan akibat kelaparan

Dalam peristiwa tersebut menunjukkan Rasulullah mengikat 2 ketul batu nak menggambarkan sakit perut akibat kelaparan baginda adalah 2x ganda daripada para sahabat.. tetapi baginda tidak pernah mengeluh bahkan redha. Punya Rasulullah jaga Muamalat dengan ALLAH SWT.

Dalam peristiwa lain pula, seorang sahabat menyuruh nabi berdoa kepada ALLAH SWT supaya dihancurkan kaum musyrikin ketika baginda sedang duduk baring di bawah kaabah. Rasulullah bingkas bangun dengan muka merah lalu baginda berkata:
" Sebelum kamu beriman ada satu kaum yang beriman , lalu diletakkan ......... (*gergaji) di kepalanya lalu dibelah dua tetapi tidak gentar imannya. Tetapi kamu amat tergesa-gesa. "

..

Hidup ini penuh dengan cabaran, ada fitnahnya, umpatannya & lain-lain.

kalau kita difitnah atau diumpat atau dicaci. sedarlah bahawa:
Dia bermaksiat kepada Allah melalui kamu, Tidak akan kamu tidak boleh taat kepada Allah melalui dia??

Apa maksudnya??

Dia bermaksiat kepada Allah = mengatakan sesuatu yang dusta atau keji

melalui kamu = Kata-kata kejinya ditujukan kepada kamu

Tidak akan kamu tidak boleh taat kepada Allah = Sabar , Redha dan berdoa kepada Allah.

melalui dia = balas balik dengan senyum, senyuman itu satu sedekah. Jadi melalui dia kita dapat pahala :)


Punya tinggi akhlak Rasulullah SAW, dan sayangnya pada umatnya.

Peristiwa di Thoif,

Rasulullah SAW di baling dengan batu-batu sehingga berdarah teruk baginda.

Lalu baginda di OFFER oleh Jibrail a.s untuk menghempapkan bumi Thoif dengan bukit.

Tetapi baginda menolak OFFER tu...sebaliknya baginda memberikan kemaafan kepada Penduduk Thoif bahkan berdoa agar generasi akan datang penduduk Thoif itu beriman.


Kisah Perang Uhud pula...

peperangan yang pada fizikalnya ummat Islam kalah. Tapi mengikut RULES dalam peperangan Ummat Islam dikatakan seri kerana tentera kafir berundur dahulu.

Seperti mana yang kita tahu, dalam peperangan ini.. baginda tercabut gigi, terbelah bibir , cedera pada bahagian pelipis dan kening, bahkan tersungkur berkali-kali.

tetapi tahukah kita apa yang Rasulullah doakan buat kaum musyrikin??

RASULULLAH berdoa:

Ya ALLAH berikanlah hidayah kepada mereka ( ketika itu ada yang nak bunuh nabi) sesungguhnya mereka tidak tahu.
ALLAHU AKBAR!! ALLAHU AKBAR!! ALLAHU AKBAR!!

ALLHUMMA SHOLLI 'ALA SAIYIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALIHI WASOHBIHI WASALLAM .

Punya kasihnya baginda kepada umatnya...tak kira bangsa...tak kira warna kulit..tak kira waktu...tak kira SAKIT & PEDIH yang dirasai....apakah kita terdetik untuk mengingati Rasulullah SAW walau sesaat??


Dalam peperangan BADAR...

ISLAM menang, lalu terdapat tawanan. Agak-agak kalau kita dapat tawanan zaman sekarang apa mereka akan lakukan?? YEP..Torture, seksa...bantai puas-puas.

Tapi tau tak...Rasulullah SAW bagitau apa kat sahabat-sahabat??

Wahai sahabatku hendaklah kamu berbuat ihsan kepada tawanan-tawanan musyrikin, & mayat-mayat musyrikin ke dalam perigi BADAR. 

1st.
kalau kita lihat, Rasulullah suruh buat baik kepada tawanan...pelik..dah la berperang dengan mereka yang nak bunuh kita tapi masih disuruh berbuat baik..haaa indah tak akhlak Rasulullah SAW??



2nd.
Kenapa Rasulullah suruh Letakkan mayat-mayat musyrikin yang terkorban ke dalam perigi Badar???

Sebab utama ialah untuk mengelakkan mayat-mayat tersebut daripada menjadi santapan burung-burung dan binatang buas)

*BUKTI HUMAN RIGHT ditonjolkan.


BaLasLah DenGan YaNg TerBaiK.

Peristiwa pembukaan kota mekah...

Saidina Sual bin Abuubadah memegang bendera yang diberikan Rasulullah SAW, lalu dia berkata
' Hari ini Hari Pembalasan (balas dendam) '

Lalu Rasulullah SAW menyuruh Saidina Ali mengambil bendera yagn dipegang Sual lalu diberikan kepada Quwais & Rasulullah berkata:

" Hari ini Hari Memaafkan "


Orang Yang mempunyai Dendam itu bermuamalat dengan makhluk.

Orang yang memaafkan bermuamalat dengan ALLAH SWT.

Rasulullah memaafkan Orang-orang Quraisy sedangkan boleh saja Rasulullah mengeluarkan statement

"SIAPA KAFIR AKU PANCUNG" seperti mana yang dilakukan REJIM BASYAR, ZIONIS , Tentera-tentera Kafir hari ini.

TAATIlah ALLAH melalui sikap baik kamu kepada makhluk, & janganlah kamu bermaksiat kepada Allah melalui sikap buruk kamu kepada makhluk.


Kesimpulan:

Diluar sana pelbagai Ujian yang mendatang

Carilah bagaimana cara kita hendak bermuamalat kepada ALLAH dalam keadaan kita diuji oleh ALLAH SWT.

Wabillahi taufik wal hidayah...Assalamualaikum wbt.


No comments:

Post a Comment