Monday, 27 May 2013

Secebis yang tak disangka-sangka.

Bismilllahirrahmanirrahim.

Ramai orang tertanya-tanya dalam usaha untuk membuat sesuatu perkara kebaikan, apakah...

mereka mampu??

jika tidak mampu laksanakan apakah yang kita dapat...?


jika tidak mampu laksanakan apakah usaha kita ini satu pembaziran atau kerja yang sia-sia?

Disini ingin saya kongsikan beberapa buah kisah.


Kisah Si Pembunuh 100 orang


"asyik-asyik citer ni tak de citer lain ke??"

"aikk?? bukan dia bunuh 99 ka?"

"Kisah sang pentaubat. :| "

Mungkin umum telah tahu dan pernah dengar tentang kisah pembunuh ini... cuma terlupa ek??  *ngaku sajalah (=_=") ----> untuk diri sendiri.

Well bagi yang malas nak membaca boleh tengok hat ni:




Nak dijadikan cerita Allah memandang sesuatu usaha yang kita lakukan kearah kebaikan dan bukan natijahnya.

dalam cerita ini,

Lelaki A tersebut telah membunuh 99 orang, lalu dia menyesal dan ingin bertaubat. Lalu ditanya seorang lelaki B tentang bagaimana dia ingin bertaubat?.

Lelaki A: Wahai saudara, aku telah membunuh 99 orang. Aku menyesal & dan bagaimana aku ingin bertaubat?

Lelaki B: Terdapat seorang *Syeikh , dia pasti tahu bagaimana untuk bertaubat memandangkan amalnya sangat banyak {A'bid =ahli ibadah}

Lalu Lelaki A pergi ke rumah orang yang dimaksudkan.

Lelaki A: Wahai Syeikh sesungguhnya aku telah membunuh 99 orang. Apakah Tuhan masih menerima taubatku? & bagaimanakah caranya untukku bertaubat??

Syeikh: Mustahil Tuhan akan menerima taubat kau!!  mustahil! mustahil!! Aku siang malam bertaubat pun berlum tentu diterima taubat inikan pula kau yang telah membunuh 99 orang!! neraka lebih layak bagimu!!

Lalu secara spontan sebilah pedang hinggap tepat ke leher Syeikh tadi...

maka secara rasminya cukuplah 100 orang...


Walaupun sekali kali telah membunuh...tetapi aura taubatnya cukup kuat untuk lelaki A itu terus & terus berusaha bertaubat.

Lelaki A: Wahai saudara, sungguh ini telah masuk kali ke 100 orang aku bunuh. Bagaimanakah aku ingin bertaubat? Apakah tuhan menerima taubatku?

Lelaki B: Cuba kamu pergi berjumpa dengan seorang tok syeikh yg rumahnya terletak di hujung kampung sana. Dia seorang yang A'lim= berilmu tentu dia tahu bagaimana cara ingin bertaubat.

Lalu lelaki A bergegas ke rumah Tok Syeikh tersebut..

Lelaki A: wahai Tok Syeikh sesungguhnya aku telah membunuh 100 orang, apakah Tuhan mahu menerima taubat-taubatku dan ampunkan dosa-dosa ku?? Bagaimanakah caranya inginku bertaubat? Aku ingin berubah..sobs3 menangis teresak-esak.. menjadi baik.

Tok Syeikh: Kamu pergi ke sebuah perkampungan di sana.

Tunjuk Tok Syeikh sambil menunjukkan arah menggunakan jari telunjuk.

Tok Syeikh:  Di kampung sana dihuni oleh orang-orang yang baik-baik. Kamu boleh membawa diri ke sana untuk bertaubat dan berubah menjadi baik. In Shaa Allah.

Lelaki A: terima kasih.

Segera Lelaki A terus memecut ke arah kampung yang dimaksudkan. Namun di dalam perjalanan...jeng3

Lelaki A jatuh sakit lalu meninggal dunia.

Malaikat dari Syurga turun, begitu juga malaikat dari Neraka. Mereka berebut ingin mendapatkan jenazah lelaki A. Lalu malaikat-malaikat bertanya kepada Allah bagaimana ingin menyelesaikan masalah tersebut.

Allah menyuruh mereka mengukur jarak antara Lelaki A tersebut dengan kampung kebaikan dan jarak Lelaki A dengan kampung dimana ia berasal.



Jarak 1 = Lelaki A---> kampung kebaikan

Jarak 2 =Lelaki A--->  kanpungnya.

Selepas diukur ternyata jaraknya ke arah kampung kebaikan tersebut lebih dekat....TETAPI...

sedar tak?? sedar tak?? SIAPA yang meletakkan lelaki tersebut lebih dekat kearah kampung kebaikan itu??

Tau tak??

Tuhan iaitu ALLAH yang meletakkannya... kenapa Allah buat macam tu??

ALLAH buat macam tu nak habaQ mai (bagitau) bahawa Allah itu maha pengampun ,, menerima taubat seseorang AND..  Allah memandang usaha seseorang apabila dia ingin berbuat kebaikan bukan kepada natijahnya.

kalau nak dikira apakah dia sempat bertaubat secara fizikalnya?? tak..dia belum sempat.. tetapi hati dan dengan SECEBIS usaha yang dia lakukan...Allah terima taubatnya lalu memasukkannya ke dalam syurga SUBHANALLAH..

Bagi diri kita yang berusaha ke arah kebaikan pula ikhlaskan diri dengan berusaha tanpa perlu memikirkan apakah kita boleh menjadi sebaik yang kita impikan...

ada lagi satu kisah,

Kisah budak lelaki dengan kakaknya.

Budak lelaki tersebut merupakan seorang yang sangan pemalas, kalau disuruh membaca buku memang OUT. Tetapi budak lelaki ini mempunyai satu minat iaitu minat membeli buku-buku Ilmiah yang mendekatkan diri kepada ALLAH.

jadi pada suatu hari... mereka pergi ke kedai buku.

Lalu budak lelaki tersebut beli punyalah banyak buku.


Jadi semasa dalam perjalanan pulang si kakak berkata.

Kakak: Adik ni beli buku banyak-banyak bukannya baca pun...buku yang lama-lama dulu beli pun tak baca-baca. Dah tau pemalas buat ape beli banyak-banyak??

Lalu satu jawapan ringkas si adik berikan sambil tersenyum.

Adik: Adik bukan beli untuk adik sorang je baca... Adik tau adik ni pemalas. sebab itu adik beli banyak-banyak supaya, orang lain boleh baca baca buku-buku ni dan ambil manfaat daripadanya dan melalui SECEBIS usaha ini dan harap-harap Allah menerimanya sebagai kebajikan di akhirat kelak.

"Jika seseorang itu mendapat hidayah daripada Allah lantaran kamu ianya lebih baik bagimu daripada apa yang disinari matahari" { riwaya hadis at-Thabarani}

ALLAHUAKBAR!

Senang kata... Kita ni tak sempurna & tak de sesiapa pun yang sempurna, tapi kita boleh jadi at least hampir-hampir ke arah kesempurnaan itu melalui...apa??

 YES melalui SECEBIS USAHA.yang mana mungkin akan menjadi SECEBIS PUNCA kita dibawa masuk ke syurga ALLAH. in shaa Allah. :)

*** cerita sebahagian hanya rekaan untuk menambah perisa & gambar sekadar hiasan semata-mata :)***


tambahan pembacaan yang berkait dengan tajuk:

http://yang-arif.blogspot.com/2013/05/mereka-mungkin-ahli-syurga.html

No comments:

Post a Comment